Expired : 18.06.18

Benteng Vietnam kebal

PEMAIN negara, Syafiq Ahmad mengakui barisan pertahanan Vietnam yang ampuh menyekat tugas jentera serangan Harimau Malaya menembusi mereka sekali gus kempunan menjaringkan gol.


Syafiq berkata, barisan pemain negara perlu baiki segala kelemahan dan tampil lebih bersedia jika mahu mengatasi atau sekurang-kurangnya dapat bersaing dengan pasukan seperti Vietnam.


Menurutnya, dia akan mempertingkatkan lagi corak latihan untuk mengembalikan maruah negara yang cukup sukar menewaskan Vietnam sejak tahun lalu.


“Barisan pemain sudah memberikan yang terbaik namun bukan rezeki Harimau Malaya untuk memenangi atau mengatasi Vietnam.


“Apa yang saya lihat, skuad negara perlu pertingkatkan lagi latihan dan komitmen untuk mendapatkan kemenangan mengatasi lawan.” katanya, ketika ditemui pada sidang media selepas perlawanan Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi.


Skuad negara yang dibimbing Tan Cheng Hoe tewas 0-1 menerusi jaringan Nguyen Quang Hai pada minit 40 sekali gus memastikan tiga mata milik pasukan tuan rumah.


Norlida Ishak Shop