Expired : 18.06.18

Berang Kereta Ditarik MPSJ, ‘Uncle’ Ini Diminta Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Semalam tular sebuah video di media sosial yang memaparkan pergelutan antara seorang lelaki dan anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) di hadapan sebuah bank di USJ 19, Subang Jaya.


Lelaki tersebut yang memakai kemeja berwarna putih dan memegang payung terjatuh selepas pergelutan dengan pegawai PBT Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu.



Kini, selepas 24 jam insiden tersebut berlangsung, pihak polis dan MPSJ meminta agar lelaki tersebut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.




Do You Know this Man? -Subang Jaya police are looking for this man to help in the investigations of a case involving…


Posted by SJ Echo on Thursday, 13 February 2020




Laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu oleh anggota PBT berkenaan dan  Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Rasikin Satiman juga mengesahkan pihak mereka ada menerima laporan mengenai perkara itu.


Portal SJ Echo dalam laporan mereka pada semalam turut meminta agar orang ramai yang mengenali lelaki tersebut agar tampil ke balai polis Subang Jaya bagi membantu siasatan.


Menurut MPSJ, penjelasan daripada lelaki tersebut adalah sangat penting bagi mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak selepas anggota yang terlibat sudah pun memberitahu cerita dari pihaknya kepada majlis perbandaran.


“Pegawai terlibat telah pun dipanggil bagi memberikan penjelasan punca insiden tersebut berlaku.


“Pihak kami dimaklumkan lelaki itu cuba menghalang anggota bertugas menunda/menarik keretanya yang kemudian membawa kepada kejadian anggota itu dipukul dengan payung,” kata pihak MPSJ seperti dilaporkan SJ Echo.


Malah, MPSJ juga menjelaskan anggota yang terlibat itu juga direhatkan dari bertugas sepanjang siasatan sedang dijalankan.


Dalam video yang dikongsikan yang di bawah, dia dilihat cuba mengacukan payung kepada anggota yang sedang bertugas ketika itu sebelum pergelutan tersebut bermula.




"Wrestling" officer floors umbrella wielding senior citizenWe just received this video showing a fiasco between an MPSJ enforcement officer with a senior citizen. The incident apparently took place in front of CIMB Bank in USJ9.In the video it shows a disagreement between the officer and the senior citizen who appears to be unhappy with his car which is about to be towed away.The senior citizen raised his umbrella and hit the officer on the arm. The officer retaliated by hitting the senior citizen and wrestled him to the ground. The senior citizen hit the floor hard on the head and the video showed him bleeding.More details of the incident is being sought from the authorities. Stay tuned!


Posted by SJ Echo on Thursday, 13 February 2020




Selepas dijatuhkan, lelaki tersebut dilihat mengalami luka di bahagian kepalanya sebelum orang ramai yang berada di kawasan sekitar cuba menenangkan situasi dan anggota terbabit.


Suara dalam rakaman tersebut juga mengatakan lelaki itu bertindak terlebih dahulu sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan di kepala.


Bagaimanapun, adalah lebih elok untuk mendengar terlebih dahulu penjelasan dari kedua-dua pihak yang terlibat serta saksi yang berada di sana bagi mengetahui situasi sebenar yang berlaku.


Disebabkan itulah pihak polis dan MPSJ meminta agar lelaki terbabit tampil ke hadapan agar dapat memberi gambaran yang sebenar di samping dapat mengelakkan perdebatan dalam kalangan netizen-netizen di Malaysia tentang siapa salah dan siapa yang betul sebenarnya.


Baca kisah di sebalik tindakan wanita ini yang dilihat tertekan selepas keretanya ditarik baru-baru ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.



Mengamuk Ketika Kereta Ditarik, Netizen Dedah Kisah Sebenar Wanita Ini Yang Ramai Tidak Tahu





16 Langkah Buat Tuntutan Insuran Bila Kereta Anda Kemalangan





Kedai Kopi Tepi Jalan Unik Di Seremban Tarik Perhatian Netizen