Expired : 18.06.18

‘Berhenti cari Acap’


IPOH, 9 Syaaban 1440H, Isnin – Keluarga kepada peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan (Acap) yang hilang sejak 22 hari lalu meminta kesemua sukarelawan menghentikan misi mencari lelaki itu.

Sehubungan itu, abang mangsa Mohammad Azlan yang mewakili keluarganya telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Gopeng, semalam.

Dalam laporan polisnya yang tular di media sosial, Azlan memohon agar masyarakat dan semua pihak berhenti datang, serta masuk ke kawasan kampung tempat mangsa dipercayai hilang.

“Mewakili pihak keluarga, membuat laporan polis ini meminta orang awam dan sukarelawan yang menjalankan misi mencari Acap supaya segera menghentikan pencarian.

“Saya telah berbincang dengan pihak ketua Kampung Pintu Padang dan merasakan perlu membuat laporan polis ini. Saya turut meminta agar sebarang spekulasi dan berita-berita tidak benar mengenai kehilangan adik saya ini turut dihentikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Hasron Nazri Hashim mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan polis itu susulan kandungan laporan yang tular.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Mohammad Ashraf, 29, atau lebih dikenali dengan panggilan Acap dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan memulakan larian GUT 2019 dari Gua Tempurung, Gopeng bagi kategori 25km pada 23 Mac lalu.

Bagaimanapun, mangsa didapati tidak muncul ke garis penamat meskipun selepas selesai perlumbaan.

Kehilangan mangsa yang disedari kawannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, telah membuat laporan polis kira-kira jam 1.09 pagi, hari berikutnya (24 Mac). – Bernama


The post ‘Berhenti cari Acap’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop