Expired : 18.06.18

Berjasa ke arah peremajaan parti


PARTI BERJASA yang berusia 42 tahun melakar sejarah yang tersendiri apabila Mesyuarat Agung Luar Biasa berjalan dengan lancar semalam.


Mesyuarat Agung Luar Biasa ini telah berjaya meluluskan usul pindaan terhadap beberapa Fasal dalam Perlembagaan parti berusia lebih empat dekad ini.


Pindaan perlembagaan parti yang diluluskan hari ini adalah bertitik tolak daripada aspirasi Jawatankuasa Pusat BERJASA yang komited mahu memastikan proses peremajaan parti berjalan dengan segera demi menarik minat masyarakat Melayu Islam terutamanya generasi muda yang semakin lelah dengan suasana politik hari ini.


BERJASA bertekad untuk menjadi parti politik pilihan utama rakyat Malaysia dengan menampilkan barisan kepimpinan yang segar, profesional, berintegriti dan kompeten.


Sudah tiba masanya, untuk generasi Malaysia berani beralih untuk memilih sebuah parti politik yang baharu, jujur dan berprinsip demi mempertahankan serta memperkasa identiti sebenar negara Malaysia yang kita semua cintai.


Salah satu pindaan Perlembagaan yang diluluskan hari ini adalah penjenamaan semula bendera dan logo parti yang akan tampil lebih unggul, menarik dan terkehadapan.


Bendera dan logo baharu parti yang telah diluluskan bakal dilancarkan dalam satu majlis penjenamaan semula BERJASA akan datang.


Semoga Allah memberkati perjuangan Parti BERJASA.


Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA


The post Berjasa ke arah peremajaan parti appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop