Expired : 18.06.18

Berjasa syor wujud portfolio khas bantu Melayu, Bumiputera


BANGI, 17 Ramadan 1440H, Rabu – Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) mencadangkan supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewujudkan portfolio khas bagi menjaga hal ehwal ekonomi Melayu dan Bumiputera.


Ahli Jawatankuasa Pusat Berjasa, Muhammad Thalhah Kamarol Zaman membuat cadangan itu, selepas melihat ketidakadilan dan keghairahan sesetengah menteri yang hanya mengutamakan kepentingan kaum minoriti.


Memberi contoh pemberian jutaan ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Persendirian Cina, beliau menggesa kerajaan pimipinan Tun Dr Mahathir Mohamad segera mewujudkan portfolio baharu, selari dengan Perlembagaan yang memperuntukkan hak-hak keistimewaan Melayu.


Pada masa sama, beliau juga menempelak pandangan segelintir ahli politik yang hanya tahu melabel bangsa Melayu secara negatif, tanpa membantu meningkatkan ekonomi bangsa itu.


“Mereka hanya mengagung-agungkan masyarakat Cina yang sudah tentu kaum yang paling stabil dari segi ekonomi di negara ini. Slogan ‘tongkat lama’ atau ‘Melayu malas’ perlu dibuang.


“Malah, tidak boleh dijadikan alasan kepada sesetengah ahli politik untuk tidak membantu masyarakat Melayu kerana dalam keadaan ekonomi tidak menentu, sudah tentu golongan yang paling banyak menerima akibat adalah kumpulan berpendapatan rendah yang majoritinya adalah masyarakat Melayu sendiri,” katanya.


Mengulas lanjut, Thalhah turut menuntut PH memberikan perhatian khusus terhadap Melayu menerusi pembangunan sosioekomi, supaya mereka tidak terus ketinggalan.


“Institusi ekonomi Melayu dan Islam seperti Tabung Haji, Felda, PNB terus dirundung malang dengan dividen yang rendah dan lain-lain masalah.


“Bertambah malang lagi apabila elaun sara hidup serta insentif petani turut ditarik balik. Maka di mana jaminan golongan ini apabila ditimpa musibah seperti kemarau dan musim tengkujuh?” katanya.


The post Berjasa syor wujud portfolio khas bantu Melayu, Bumiputera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop