Expired : 18.06.18

Berkaki Ayam Buat Yoga Di Pasar Raya, Atilia Haron Ditegur Tak Jaga Kebersihan

Perkongsian video yang mempamerkan aksi penyanyi Atilia Haron melakukan senaman yoga sambil berkaki ayam dan memegang makanan dia sebuah pasar raya mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut di laman Instagram.


atilia yoga tak pakai kasut dalam pasar raya


Tindakan yang dianggap tidak mementingkan kebersihan itu telah menarik perhatian netizen dan mengundang kebimbangan orang ramai kerana negara kini masih belum reda dan bebas daripada wabak COVID-19.





Advertisement

















View this post on Instagram




















Must wear shoes is it?


A post shared by Atilia Haron (@atiliaharon) on




Apabila disapa netizen berkenaan tahap kebersihan sekitar Atilia yang tidak mengenakan pelitup muka, kasut dan memegang barang dengan tangan yang kotor, Atilia tampil membidas kenyataan tersebut.


Advertisement





atilia yoga tak pakai kasut dalam pasar raya

Kredit – mStar


“Saya ada mask. Saya buka sekejap dan letakkan ia di leher. Ya, tiada kasuh kerana saya miskin. Pegang barang sebab saya suka coklat itu dan saya beli.”


Video yang dikongsi di laman Instagram itu turut dihujani pelbagai komen daripada pengikut setianya. Malah Atilia juga turut menyatakan dirinya masih memahami keadaan pandemik kini telah menyebabkan segelintir pihak terpaksa hidup dalam kesusahan.


atilia yoga tak pakai kasut dalam pasar raya


Bagaimanapun, kata Atilia, beliau langsung tidak mempunyai niat untuk menyinggung parasaan mana-mana pihak.


“Jika ini menyinggung perasaan awak, saya tiada niat untu berbuat demikian.”


Namun, Atilia menegaskan beliau sudah mendapatkan kebenaran daripada pengawal keselamatan sebelum bertindak melakukan aksi tersebut di dalam pasar raya itu.


Sumber: mStar