Expired : 18.06.18

Berkat Doa Orang Ramai, Aliff Okay – Ibu Aliff Aziz

Kecoh di media sosial semalam apabila rakaman video pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap polis di Singapura. Aliff didakwa bergaduh dengan seorang lelaki di kawasan Orchard Road dan ketika diarahkan untuk bertenang, dia enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan, mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk.


aliff aziz


Bagaimanapun, Aliff dipercayai sudah dibebaskan. Menerusi sebuah video berdurasi 4 minit 20 saat  yang dimuat naik oleh ibunya, S Hafiza Basharahil di akaun Instagram, Aliff dilihat tenang mendukung anaknya Ayden Adrean di rumahnya di Singapura dan bekas isterinya, Bella Astillah juga turut kelihatan bersama.


Menurut ibu Aliff, anaknya itu berada dalam keadaan baik dan apa yang berlaku pasti ada sebabnya tersendiri. Orang ramai tidak layak untuk terus menghukum anaknya.


 



 


Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okay. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.


Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu.


aliff aziz mabukPada petang semalam, tersebar rakaman video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap dan pada masa yang sama dia cuba menghubungi bapanya menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan bantuan. Aliff menjerit-jerit memberitahu bapanya bahawa ada orang sedang memukulnya. Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.


Sumber Berita : Harian Metro


Norlida Ishak Shop