Expired : 18.06.18

“Berkat Muka Selalu Keluar TV Time Solat Jumaat,” – Alif Star ‘Dipanggil Mengadap’, Masuk Bilik Imam Gara-Gara…

Jumaat lalu, penyanyi dan pelakon Alif Satar sekali lagi menjadi viral usai Solat Jumaat apabila wajahnya sekali lagi muncul di balik para jemaah yang hadir bagi menunaikan solat Jumaat.


Malah gelagatnya yang dirakam secara spontan ketika sedang mendengar khutbah menjadi buah mulut ramai selepas sepotong video tersebut dikongsikan Alif di Instagram.


Bagaimanapun, awal semalam penyanyi Sesungguhnya Aku itu ada memuat naik foto yang dirakam bersama imam dan penceramah terkenal.


“Nervous bila harini dipanggil masuk bilik imam masjid wilayah.. macam jumpa guru besar rasa dia.  ni dia orang-orang kuat dan berani jadi imam.. bukan kerja yang senang, much respect.


“Siapa yang selalu tengok ceramah agama kat youtube, 12hb ni kat masjid wilayah, ustaz famous dari Indonesia @ustadzabdulsomad akan bagi ceramah dari 9:30am-12.00pm kat Masjid wilayah.. mai ramai2 geng!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.