Expired : 18.06.18

Berlari Sejauh 30km Sambil Bawa Anak Anjing





Feb 5, 2019

0 Comments







SEORANG pelari maraton warga Thailand meraih perhatian selepas dilaporkan berlari sejauh 30 kilometer (km), sambil membawa seekor anjing kecil yang ditemuinya di tepi jalan semasa larian 42km.


Khemjira Klongsanun menemui anjing tersebut semasa berlari 12km pada maraton Chombueng di barat Thaiand, pada 20 Januari lalu.


Sebahagian peserta tidak mempedulikan haiwan berkenaan, tetapi Khemjira berhentik memeriksannya dan fikir untuk mengambilnya sebagai haiwan perliharaan.


Dia kemudian memutuskan untuk membawanya sepanjang larian sehingga ke garisan penamat.




Berlari sambil memegang seekor anjing sejauh 30km mungkin lebih sukar daripada apa yang dibayangkan.


Namun dia yang merupakan pencinta haiwan berkata, usahanya itu ternyata berbaloi! – odditycentral





Loading...








Artikel Berkaitan



Norlida Ishak Shop