Expired : 18.06.18

Bersatu wujud atas perjuangan, kepentingan ketuanan Melayu

MUAR, 20 Safar 1440H, Isnin – Pandangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengenai ketuanan Melayu sudah berakhir, telah disalah tafsir, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kenyataan Syed Saddiq itu ditafsir seolah-olah Bersatu tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu, sebaliknya parti berkenaan sendiri wujud atas dasar memperjuangkan nasib orang Melayu selaras dengan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Meskipun memperjuangkan nasib Melayu, negara kita ini juga ada kaum bukan Melayu yang turut memerlukan sokongan daripada kita supaya mereka juga boleh bersama-sama berkongsi kekayaan yang ada di negara ini.


“Kita kena faham dalam senario dan situasi zaman kini, zaman selepas kita menang pilihan raya dan membentuk kerajaan dengan harapan baharu, di situlah kita berjanji bahawa kita akan berlaku adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apa jua kaum dan keturunan,” katanya.


Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian ketika sesi soal jawab pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Bersatu Bahagian Pagoh Kali Pertama 2018 di Pagoh, di sini, semalam.


Semalam, Syed Saddiq dilaporkan berkata, zaman ketuanan Melayu telah berakhir selain Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan, dan perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan Bersatu.


Video Anggota Parlimen Muar itu turut menjadi tular di media sosial semalam dan menjadi perbincangan orang ramai. – Bernama


Syed Saddiq budak mentah, terpengaruh liberalisme



The post Bersatu wujud atas perjuangan, kepentingan ketuanan Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop