Expired : 18.06.18

‘Bertahun-tahun TH diurus dengan buruk’: Dr Mahathir


KUALA LUMPUR, 14 Syaaban 1440H, Sabtu – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji (TH), bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan Pakatan Harapan.


Beliau berkata, TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan.


“Sebenarnya mereka tidak membuat sebarang keuntungan, jadi mereka ambil deposit dan menggunakannya sebagai dividen, jadi ramai yang simpan duit mereka disana, kerana mereka lihat banyak pulangan daripada pelaburan.


“Ini tidak boleh diteruskan selamanya,” katanya pada persidangan media di Yayasan Al Bukhary, semalam.


Dr Mahathir berkata, bagi memastikan orang ramai terus menyimpan wang mereka dalam TH, kerajaan akan membayar dividen kepada pendeposit menggunakan hasil dari pelaburan yang dibuatnya, walaupun jumlahnya mungkin kecil.


“Ini bermakna mereka yang berhasrat menunaikan haji, akan masih sanggup menyimpan (dalam TH), kerana ia akan diuruskan dengan baik, bukan seperti sebelum ini apabila deposit mereka digunakan untuk jadi subsidi belanja menunikan haji, dan juga untuk mengumumkan dividen,” katanya.


Awal bulan ini, TH mengumumkan agihan dividen 2018 pada kadar 1.25 peratus, kadar paling rendah dalam sejarah penubuhannya. – Bernama


The post ‘Bertahun-tahun TH diurus dengan buruk’: Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop