Expired : 18.06.18

Bertemu pada usia 74 dan 67 tahun! Bila Ditanya Kenapa Berkahwin Di Usia Sebegini, Ini Jawapan Mereka

Sudah menjadi fitrah manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Setiap individu tak kira tua atau muda pasti akan melalui alam perkahwinan.


Terbaru, seorang jurugambar Nash Nasrul berkongsi tentang pengalamannya merakam detik bersejarah pasangan ‘berumur’ yang melangsungkan perkahwinan.



Menurut Nash, pasangan ini masing-masing bergelar duda dan janda yang berusia 74 dan 67 tahun.


Namun, apabila ditanya mengapa ingin berkahwin pada usia begini. Jawapan yang diberikan pengantin lelaki ini amat mengejutkan!




Hari ini dalam sejarah.


Pengantin lelaki (duda) 74 tahun dan pengantin perempuan (janda) 67 tahun.


Bila ditanya mengapa nak kahwin, jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang, lama dah. Kena ada peneman untuk habiskan slsa hidup saya. Ceria, bahagiakan saya hingga saya menghembuskan nafas yang terakhir”.




Aku nak menitik air mata bila dengar seorang lelaki yang berpangkat atok cakap macam tu. Kita ni manusia fitrahnya berpasang-pasangan. Setiap apa yang terjadi ada sebab dan hikmahnya. Semoga panjang umur dan jodoh, saya doakan kepada pengantin hari ini. Amin.



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia





Norlida Ishak Shop