Expired : 18.06.18

Bertuah! Bella Dally Dedah Pernah Jumpa Malam Lailatul Qadar

Setiap Muslim pasti ingin mengejar segala fadhilat yang memenuhi bulan Ramadan. Bahkan yang paling ditunggu ialah 10 hari terakhir di mana salah satu malam ganjilnya akan terselit Lailatul Qadar.


Perlukan persediaan yang rapi dan teliti jikalau ada yang menunggu untuk mendapatkan keberkatan pada malam ini. Kadang-kadang, belum tentu ada yang berpeluang untuk menjumpainya.


Tapi tidak bagi pelakon Bella Dally yang mendedahkan bahawa dia merupakan antara insan beruntung kerana pernah menemui sendiri malam Lailatul Qadar semasa masih lagi bersekolah.


bella dally temui lailatul qadar


Menurut pelakon wanita itu, dia pernah menjumpai satu pagi yang sangat tenang dan sunyi semasa Subuh. Malah langit pada ketika itu dihiasi dengan ribuan bintang dan Bella tidak dapat menjelaskan perasaannya ketika itu.


“Pada fikiran saya mungkin malam tersebut adalah malam Lailatul Qadar. Dan saya berharap sangat dapat berjumpa dengan malam seperti itu lagi.”


Seperti kata Bella, mungkin kerana pernah mengalami sendiri perasaan itu, sudah pasti penantian saban tahun untuk berjumpa dengan malam Lailatul Qadar adalah lebih manis.


bella dally temui lailatul qadar


Semoga umat Muslim yang lain dapat juga memperoleh keberkatan yang memenuhi hari istimewa ini.


Sumber: NONA