Expired : 18.06.18

Bertudung tapi paha terdedah, Haneesya Hanee nafi perlekeh Islam

Haneesya Hanee menafikan dirinya memperlekeh agama susulan fotonya bertudung sambil memakai skirt dan mendedahkan bahagian kaki tersebar di media sosial. ― Foto ihsan Twitter/HaneesyaHanee
Haneesya Hanee menafikan dirinya memperlekeh agama susulan fotonya bertudung sambil memakai skirt dan mendedahkan bahagian kaki tersebar di media sosial. ― Foto ihsan Twitter/HaneesyaHanee

KUALA LUMPUR, 10 Okt ― Artis baru popular Haneesya Hanee menafikan dirinya memperlekeh agama susulan fotonya bertudung sambil memakai skirt dan mendedahkan bahagian kaki tersebar di media sosial.

Haneesya, nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 19, berkata foto itu diambil ketika penggambaran iklan satu produk yang asalnya menampakkan bahagian skarf, namun disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, lapor mStar.


“Saya tidak bodoh agama dan saya tak akan memperlekehkan agama saya sendiri.


“Saya diberitahu gambar yang diambil cuma separuh dan sekadar nampak skarf. Itu saja tapi saya tak sangka gambar itu adalah gambar penuh,” katanya.


Peserta Dewi Remaja itu berkata ketika penggambaran dirinya sudah memberitahu pihak produksi agar tidak merakam keseluruhan foto seksinya atau memuat naik di laman sosial.


Gadis kacukan Melayu-Arab itu berkata skarf itu boleh digayakan mengikut pelbagai cara dan bukan hanya sebagai pakaian untuk menutup aurat semata-mata.


“Menurut apa yang mereka jelaskan kepada saya, ia bukanlah sehelai skarf semata-mata merujuk sebagai tudung sahaja namun ia dipelbagaikan macam ala-ala 'old school',” katanya.


Norlida Ishak Shop