Expired : 18.06.18

Biadab bersumpah dengan pijak al-Quran buktikan lakukan zina

SEORANG remaja perempuan bertindak biadab meminjak senaskah al-Quran gara-gara mahu membuktikan dia berzina dengan seorang lelaki.


Sebuah rakaman tular berdurasi tiga minit 13 saat di Facebook itu memaparkan remaja tersebut memijak al-Quran yang terbuka sambil dirakam individu lain dan disaksikan dua lagi remaja perempuan.


Mereka turut bercakap dalam dialek pantai timur.


Berdasarkan paparan video berkenaan, salah seorang remaja berkenaan ditanya rakan-rakannya sama ada benar dia melakukan perbuatan zina lalu mengiakannya.


Mereka juga mengunakan bahasa tidak sopan dan turut bergelak ketawa sambil remaja terbabit mengaku berzina tanpa kerelannya.






Kes serius! Pijak Al-Quran#PDRM#Viral#sharegroup


Posted by Selamat Hari Lahir on Khamis, 18 Julai 2019



Sehingga jam 11.30 malam tadi, paparan itu mendapat lebih 4,000 komen balas dan video tersebut juga turut dikongsi di WhatsApp.


Rata-rata warganet mengecam perbuatan dalam video berkenaan sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.


Sementara itu, laporan Sinar Harian memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim yang memberitahu, polis sedang menyemak kesahihan maklumat yang dikaitkan dengan penularan video berkenaan.


The post Biadab bersumpah dengan pijak al-Quran buktikan lakukan zina appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop