v Bicara Istiqamah : PRK Kimanis – PSS, Sokong Atau Tolak?
Expired : 18.06.18

Bicara Istiqamah : PRK Kimanis – PSS, Sokong Atau Tolak?

1. Sejak akhir tahun 2019, sehingga tahun ini isu Pas Sementara Sabah (PSS) begitu hangat dibincangkan. Kerajaan Negeri mendapat sokongan rakyat yang pro kepada kerajaan tetapi tidak kurang juga tentangan dan bantahan dari pihak pembangkang untuk menolak PSS ini dilaksanakan di Negeri Sabah.

2. Sebenarnya, PSS ini terlalu banyak pandangan sama ada baik untuk Negeri atau kesan buruk kepada Negeri. Sabah yang terkenal dengan bermacam suku kaum dan etnik budaya ini mengekalkan perpaduan yang harmoni. Namun, kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) ini sukar dibendung kerana berlaku ‘kelonggaran keselamatan’ dan ‘kad pengenalan palsu’ diberi kepada mereka yang bukan warganegara Malaysia.

3. Percaya atau tidak, ada dalam kalangan rakyat di Negeri Sabah ini lahirnya di Sabah dan duduk lebih 20-40 tahun tetapi masih belum mendapat kewarganegaraan yang sah. Ada kemungkinan, sebelum ini dokumen kelahiran tidak didaftarkan atas sebab tercicir, pemalsuan dokumen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak dapat mengesahkan kerakyatan mereka.

4. Oleh itu, pelaksanaan PSS ini, perlu ditangguhkan dan dikaji semula secara berperingkat. Paling tidak, dokumen pendatang yang sedia ada contohnya, iMM13, Surat Burung-Burung dan Sijil Bancian ini perlu ditapis kalau kerajaan Negeri Sabah benar-benar mahu bersihkan PTI di Negeri ini.

5. Dan kita melihat, rakyat Sabah kebanyakkan kecewa dengan pentadbiran Warisan/PH kerana tidak konsisten dalam mendepani isu-isu rakyat malah kerajaan Negeri hari ini dilihat mempunyai kabinet yang tidak stabil dengan perebutan kuasa dan kroni-kroni yang sedang berlaku dalam pentadbiran Negeri dan daerah.

6. Tambahan lagi, kebanyakkan manifesto dan janji-janji Warisan semasa PRU-14 ini, gagal dilaksanakan menyebabkan rakyat tidak senang dan marah dengan kepimpinan kerajaan Negeri Sabah.

7. Akhir sekali, PRK Kimanis perlawanan antara BN dan Warisan/PH sokongan rakyat kepada UMNO/BN Sabah semakin meningkat. Kebanyakkan penyokong dan ketua Bahagian Warisan mengambil keputusan meletakkan jawatan dan beralih semula kepada UMNO/BN.

HANIFF ISTIQAMAH
Penolong Editor Kanan
Berita PAS Melaka
16 Januari 2020

#TolakPSS
#TolakPHKerajaanSepenggali

The post Bicara Istiqamah : PRK Kimanis – PSS, Sokong Atau Tolak? appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).