Expired : 18.06.18

Bidaan Kapal Mewah Equanimity Ditutup Hari Ini

Proses bidaan penjualan kapal mewah Equanimity milik usahawan penuh kontroversi Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low bakal ditutup hari ini. Bidaan ini pertama kali dibuka pada 29 Oktober lepas dengan nilai serendah RM4.17 juta sebagai deposit kepada setiap individu yang berminat untuk memyertai bidaan.




Sherif Mahkamah Admiralty dijangka akan mengumumkan pembida yang berjaya memperoleh kapal mewah tersebut. Setakat ini peguam 1MDB Jeremy Joseph enggan memberitahu bilangan dan jumlah tertinggi pembida dan diklasifikasikan sebagai maklumat sulit.


Hasil bidaan akan dibahagikan kepada 2 buah syarikat yang dipercayai mempunyai saham ke atas kapal itu iaitu Global Diversified Investment Company Limited memiliki 53.57% dan 1MDB Energy Holdings memiliki baki saham bernilai 46.43%.


Kapal Equanimity merupakan kapal ke-54 terbesar di dunia mempunyai kemudahan seperti jakuzi, sauna, landasan helikopter (helipad), bilik spa dan beberapa lagi kemudahan mewah. Siapa agaknya pemilik terbaru kapal mewah ini nant?


Norlida Ishak Shop