Expired : 18.06.18

Bila Dah Boleh TANGGUH BAYAR HUTANG Sehingga 6 Bulan, Guna Duit Itu Untuk TABUNG KECEMASAN


Sebagai keprihatinan terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam dalam meringankan beban rakyat ketika penularan pandemik COVID-19 ini, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pembayaran balik pinjaman terhadap semua bank.



Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana telah dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk tempoh enam bulan bermula 1 April 2020. Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.



Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin langkah penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan serta penyusunan baki kad kredit dan penstrukturan semula pinjaman perniagaan susulan impak koronavirus (COVID-19) melibatkan nilai berjumlah sekurang-kurangnya RM100 bilion.


Penangguhan bayaran balik hutang rumah dan kereta ini bukan tiket untuk membazir wang lebih-lebih lagi ketika penularan pandemik COVID-19 ini. Seorang pensyarah dan juga pakar pengurusan kewangan, Saudara Azizul Azli Ahmad, turut memberi tip kepada orang ramai untuk menguruskan kewangan sepanjang menghadapi krisis COVID-19 ini.


Saudara Azizul Azli Ahmad

TANGGUHKAN BAYARAN HUTANG BANK


1. Berita baik buat semua yang memiliki hutang bank, Bank Negara Malaysia (BNM) benarkan bank tangguhkan bayaran balik hutang.


2. Fokus duit yang dapat untuk beli keperluan asas makanan dan perubatan sahaja dulu.


3. Lebih utama, duit bayar hutang-hutang itu WAJIB jadikan DANA KECEMASAN jika kita belum ada.



Sebaiknya dana kecemasan ini 6 bulan gaji.


Jika gaji RM2000 x 6 Bulan = RM12,000 Simpanan.


Permulaan dapat simpan RM6,000 pun jadilah dulu.



4. Perlu difahami juga, ia sekadar penangguhan, bukan pembatalan. Jadi perlu kekal menyimpan kerana kita wajib bayar balik nanti.


Buat simpanan, buat simpanan, buat simpanan!