Expired : 18.06.18

Bila Dah Kahwin & Ada Anak, Baru Kita Tahu Siapa Kawan Sebenar Kita




Sebelum bergelar ibu, zaman bujang memang zaman yang carefree. Kawan-kawan ramai. Jarang rasa sunyi, asal ajak keluar mesti on. Nak buat apa pun senang, tak payah nak fikir banyak. Kawan keliling pinggang, memang meriah dan enjoy jugalah kan?


Tapi sebenarnya bila dah ada anak, barulah kita tahu siapa kawan kita yang sebenar. Maklumlah, bila ada anak kecil ni kehidupan kita tentu akan berubah 360 darjah. Orang anggap kita dah menjauhkan diri daripada mereka, sedangkan hakikatnya kita cuma memerlukan sedikit masa untuk beradaptasi dengan keadaan baru.






Sedar tak sedar, ketika inilah persahabatan mula teruji. Makin ramai kawan akhirnya lost contact kecuali beberapa orang yang betul-betul namanya ‘sahabat’.


Ia sebenarnya sangat normal. Ini 5 sebabnya.










1. Ibu Baru Akan Mengalami Perubahan Besar Dalam Hidupnya


Ketika pertama kali bergelar ibu, ramai wanita akan rasa teruji dengan kepenatan menjaga bayi yang amat fragile. Setiap masa perlu diperhati, hampir setiap jam perlu disusukan.






Siapa kata kelahiran anak tak mengubah wanita, memang bohong. Bukan saja fizikal yang berubah, malah secara mental juga dibuktikan bahawa wanita akan mengalami perubahan emosi.


Secara tiba-tiba, rutin bersosial bukan lagi dalam senarai keutamaan.


Bukan nak bagi alasan, tapi itulah prioriti kita sekarang. Susah nak fahamkan orang lain walaupun teman rapat sendiri, terutamanya yang belum melalui fasa menjadi ibu ni. Ada masanya kita sendiri pun boleh keliru tak faham dengan keadaan kita!


Jadi, tak hairanlah ibu mudah mengalami tekanan perasaan atau postpartum depression.


tanda ocd

Foto Kredit: Medical Daily



2. Ibu Susah Nak Tinggalkan Rumah


Kalau dulu kita ada banyak masa terluang. Hujung minggu bolehlah lepak-lepak dengan kawan sampai malam.


Tapi sekarang kalau nak keluar atau travel, kena fikirkan sekali ‘pakej’ yang datang bersama. Nak kena bawa anak-anak dengan segala barang keperluan dia. Stroller, beg diaper, makanan, susu, baju spare, mainan, semua sekalilah. Gagah oii packing macam nak balik kampung padahal nak jumpa kawan di shopping mall dekat tu je pun.



3. Kena Dahulukan Tanggungjawab Di Rumah


Tak kiralah sama ada yang bujang atau bekerja, ibu kini punya tanggungjawab yang lebih berat di rumah.


Mana nak siapkan makan pakai suami, mana nak layan anak, mana nak urus rumah, urus keperluan diri. Tangan dah macam sotong pun masih rasa tak cukup masa.


Kadang tu dah janji sebulan awal nak keluar dengan kawan. Tapi last minute terpaksa juga batalkan sebab anak tak sihat. Ini bukan alasan remeh!


Sebagai ibu, anak-anaklah yang paling penting buat kita. Tak sampai hati nak keluar dengan kawan bila anak sakit. Dan kalau anak sihat pun, perempuan ni akan rasa bersalah nak berlama-lama. Bukannya macam lelaki yang boleh balik lewat malam bila dah jumpa geng dia.


Kita ni setiap 10 minit tengok jam, asyik terfikir si anak buat apa, dah makan ke belum, dah mandi ke belum, boleh tidur ke tak. Kalau terpaksa berjauhan sampai sehari dua, silap haribulan kita yang banjir dengan air mata!


Anak kita pula bukan sentiasa kecil. Rasa rugi dan terkilan kalau terlepas moment penting dan tak dapat luangkan masa dengan mereka.



4. Ibu Kita Jadi BFF Baru


Bila dah bergelar ibu, kita cenderung nak kongsi perasaan dengan mereka yang boleh memahami dan menasihati tanpa menghakimi. Itulah dia ibu kita.


Mereka yang belum ada anak mungkin takkan faham penat jerih bersengkang mata, menyusu badan setiap jam, melayan anak yang tak mahu tidur.


Mungkin kawan-kawan pun naik muak bila kita asyik bercerita benda yang sama. Tapi memang itulah cycle kehidupan kita pada waktu itu.


Kalau ada kawan di sisi waktu yang agak sukar ni, memang inilah kawan sebenar yang patut kita hargai.



5. Malas Nak Hadapi Kritikan


Kadang-kadang bila dah lama tak keluar dari rumah, banyak yang bermain di fikiran bila nak jumpa kawan-kawan. Walaupun excited, mesti ada rasa nervous dan rendah diri. Kita juga seolah-olah makin kehilangan identiti.


Kebimbangan ini selalu berlaku pada mereka yang ‘berehat’ daripada kerja dan menjadi surirumah.


Rasa seolah-olah ‘takut’ nak hadapi dunia luar. Bimbang dikecam sebab ada degree tapi tak kerja, risau dengan expectation orang luar, dan malu kalau tak dapat kawal anak bila di tempat awam.


bosan di rumah

Foto Kredit: shutterstock.com



Baru Kita Tahu Siapa Kawan Sebenar Kita


Bukan nak jadi anti sosial, tapi inilah yang berlaku pada isteri selepas kahwin terutamanya lepas ada anak. Di rumah itulah dunia mereka. Hanya suamilah ‘kawan’ yang sentiasa ada. So, suami kenalah faham kenapa kena rajin pinjamkan telinga.


Walaupun kadang-kadang rasa teringin nak keluar dengan kawan macam dulu, kita kena terima hakikatnya yang keadaan sekarang dah berbeza.


Kawan yang sedikit itulah betul-betul kawan kita sebenarnya. Mereka inilah yang lalui pelbagai perubahan bersama kita, tahu baik buruk kita, dan tetap terima kita seadanya.


Jadi, hargailah kawan yang sedikit ini dan jadilah pula kawan yang baik bila mereka pula memerlukan kita.


Biarlah kawan makin kurang tapi yang sedikit itulah betul-betul bermakna buat kita!









Related Items:




Norlida Ishak Shop