Expired : 18.06.18

Bila Waytha Moorthy, Exco DAP Selangor akan ditahan?


Oleh Athirah Huda Zalhe


BANGI, 22 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Sesiapa sahaja yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan bertindak membelakangi perundangan serta Perlembagaan wajar disiasat secara adil, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Beliau dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan tindakan undang-undang terhadap pengendali blog Papa Gomo, yang ditahan semalam selepas menerima 17 laporan polis ke atasnya.


“Bila pula nak tahan P Waytha Moorthy (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menerima lebih 150 laporan polis?


“Exco DAP, V Ganabatirau yang mengapikan perkauman isu kuil dan turut menerima laporan polis, bila nak ditahan?,” soalnya.


Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya melaksanakan prinsip ‘rule of law’ yang menjadi model Malaysia Baharu, seperti dilaungkan parti itu sebelum ini.


“Siapa sahaja yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara-perkara yang membelakangi prinsip perundangan dan Perlembagaan, wajar disiasat secara adil dan saksama tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka,” katanya.


Terdahulu, Ketua Polis Negara, mengesahkan penahanan pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris semalam, berikutan kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan.


Mohamad Fuzi berkata, penahanan itu adalah bagi membolehkan siasatan dijalankan membabitkan satu video yang dikeluarkan Papa Gomo, didakwa cuba menaikkan sentimen orang ramai berkaitan isu perkauman.


Sebelum ini dilaporkan akaun Facebook yang menggunakan nama Sir Azri dipercayai milik Wan Muhammad Azri, menyiarkan video langsung bertajuk ‘Ini Tanah Melayu’ yang dibuatnya kelmarin.


Video berkenaan sudah ditonton 327,000 pelayar dan dikongsi sebanyak 9,900 kali.


The post Bila Waytha Moorthy, Exco DAP Selangor akan ditahan? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop