Expired : 18.06.18

Bilionair Greece ditahan bawa ribuan benih, pokok ganja

BILIONAIR Greece, Alki David yang juga pengasas rangkaian satelit Dish Network ditahan selepas pihak berkuasa menjumpai 5,000 batang pokok ganja, anak benih dan beberapa produk ganja bernilai AS$1.3 juta (RM5.42 juta) dalam jet peribadinya.


David, 50, dan rakan perniagaannya, Chase Ergen, didakwa membawa barang terlarang itu sebagai perniagaan baharu mereka.


Mereka tiba St Kitts bersama pelakon Ireland, Jonathan Rhys Meyers dan ahli keluarganya sebelum ditahan pihak berkuasa negara itu.


Daily Mail melaporkan, bagaimanapun, Meyers dan ahli keluarganya itu bagaimanapun tidak ditahan.


David dan Ergen yang juga pengasas serta pengerusi rangkaian satelit Dish Network dan syarikat komunikasi EchoStar ditahan beberapa hari selepas mendarat.


Kesemua mereka dikatakan disoal siasat kira-kira lapan jam oleh pegawai kastam sebelum ditahan.


Jurucakap polis St. Christopher dan Nevis mengesahkan David telah dituduh di Mahkamah Majistret Basseterre di sini, bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$30,000 (RM125,000) serta diarah menyerahkan dokumen perjalanan.


Ergen yang ditahan kerana disahkan positif dadah turut dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan mendapati dia mengambil dadah untuk tujuan kesihatan yang disebabkan oleh masalah gangguan bipolar yang dihadapinya.


Perundangan St. Kitts dan Nevis membenarkan pengambilan dadah bagi tujuan perubatan, keagamaan dan rekreasi.


Bercakap kepada pemberita, David memberitahu, mereka membawa tanaman ganja itu untuk mengembangkan perniagaan baharu di kepulauan tersebut secara sah.


Dia juga menyifatkan penahanan Ergen sebagai sesuatu yang dirancang kerana dadah yang dimilikinya adalah untuk tujuan perubatan.


David juga mendakwa ada bertemu dengan Perdana Menteri St. Kitts, Timothy Sylvester Harris bagi membincangkan mengenai pelaburan baharunya itu di negara tersebut dan Hariis juga dikatakan menunjukkan minat untuk bekerjasama.


David percaya perbincangan itu membawa kepada penahanan mereka.


Ekoran itu, David dan Ergen mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Harris dan kerajaan minggu ini.


The post Bilionair Greece ditahan bawa ribuan benih, pokok ganja appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop