Expired : 18.06.18

“Bincang2 dapat la…” – 2 bulan Acap hilang, ini yang dilakukan oleh keluarga giat sedekah mohon doa dari semua

“Titipkan doa buat anakku.” – 2 bulan Acap hilang, keluarga giat sedekah mohon doa dari semua
Kehilangan Muhamad Ashraf Hassan, 29, semasa meyertai larian di Gopeng betul-betul meggemparkan rakyat Malaysia. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan bagi mencari pemuda itu namun masih menemui jalan buntu.

Semalam, abang kepada Acap telah memuat naik beberapa luahan ibunya mengenai pengharapan agar anak lelakinya itu ditemui. Menerusi Facebook Denny Lang, ibunya meminta dia menyampaikan nukilan serta harapan agar warga Facebook mendoakan anaknya pulang ke pangkuan keluarga.

Menerusi perbualan di WhatsApp itu, ibunya turut menyatakan rasa rindu yang teramat kepada Acap. Gambar Acap bersama cucunya turut dihantar kepada Denny Lang kerana terlalu mahu bertemu kembali dengan anaknya.

Sehubungan dengan itu, Denny dan juga keluarga Acap mengambil inisiatif dengan bersedekah atas nama Acap dengan harapan suatu hari nanti doa mereka dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Mereka sekeluarga telah membuat perkara tersebut hampir dua bulan sejak kehilangan Acap. Menurut Denny, ini merupakan salah satu usaha mereka supaya mendapat perkhabaran yang sahih mengenai misteri kehilangan adiknya itu.


Menerusi komen di ruangan Fecebook Denny Lang, rata-rata netizen mendoakan agar segala susah payah dan ikhtiar yang telah mereka sekeluarga lakukan akan membuahkan hasil. Mereka turut berdoa agar Acap ditemui dan kembali pulang ke pangkuan keluarga.
Acap yang bertugas sebagai pegawai kesihatan di Muar, Johor dilaporkan hilang dan jejaknya langsung tidak ditemui selepas menyertai larian di Gopeng, Perak. Semua pihak penyelamat, pengamal tradsional dan juga khidmat sukarelawan telah membantu dalam operasi mencari, namun masih lagi tidak ditemui.
Sumber :Denny Lang via celotehsaje

Norlida Ishak Shop