v Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor – Berkorbanlah Untuk Agama, Usah Ikut Jejak Munafik
Expired : 18.06.18

Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor – Berkorbanlah Untuk Agama, Usah Ikut Jejak Munafik

Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim

Firman Allah SWT dalam Surah At-Tawbah 81,

فَرِحَ ٱلۡمُخَلَّفُونَ بِمَقۡعَدِهِمۡ خِلَـٰفَ رَسُولِ ٱللَّهِ وَكَرِهُوۤا۟ أَن یُجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَقَالُوا۟ لَا تَنفِرُوا۟ فِی ٱلۡحَرِّۗ قُلۡ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرࣰّاۚ لَّوۡ كَانُوا۟ یَفۡقَهُون

Maksudnya, “.. Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: “Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka Jahannam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami..”

Ayat ini menjelaskan kisah sikap golongan munafik yang tidak mengikut berperang bersama Nabi saw dan para sahabatnya di Peperangan Tabuk.

Mereka merekayasa alasan untuk tidak berperang kerana cuaca yang terlalu panas. Tambahan pula, ketika musim panas, ialah musim kurma berbuah dan dituai hasilnya.

Maka, pemergian berjihad di medan perang satu perkara yang merugikan peluang untuk mendapat hasil tuai kurma.

Bukan setakat itu sahaja, golongan munafik turut berkempen dan menghasut sebahagian para pengikut Nabi saw yang lain agar tidak turut serta berjihad bersama Nabi saw.

Mereka merasa gembira dengan perilaku demikian dan ketidaksungguhan mereka untuk berkorban demi agama dan tidak mematuhi arahan Nabi saw.

Kejadian ini adalah gambaran jelas perangai Golongan Munafik yang tidak ada kesungguhan dan cita-cita tinggi sebagaimana yang dimiliki oleh orang beriman iaitu para sahabat.

Peluang untuk memberikan sumbangan kepada perjuangan Islam samada menerusi jihad jiwa tenaga, jihad infaq harta, masa dan idea dan apa sahaja sememangnya dinanti-nantikan oleh pencinta Allah dan Rasul saw.

Tidak sewajarnya pejuang agamaNya itu tidak ada cita-cita murni ini iaitu berkorban untuk agama.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Ulangtahun ke 32 Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor”

Penulis adalah Pengarah Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

27 Julai 2020 bersamaan 6 Zulhijjah 1441H

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan

The post Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor – Berkorbanlah Untuk Agama, Usah Ikut Jejak Munafik appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).