Expired : 18.06.18

Bintang City cium wartawan televisyen [VIDEO]

PEMAIN tengah Manchester City, Oleksandr Zinchenko mempunyai sebab untuk meraikan kemenangan sama ada di dalam dan luar padang bolasepak ketika rehat antarabangsa.


Pemain berusia 22 tahun itu menjadi kunci utama ketika Ukraine menang 5-0 ke atas Serbia ketika perlawanan kelayakan Euro 2020 di Lviv, beberapa hari lalu.


Tindakannya mencium wartawan sukan wanita bertugas untuk stesen televisyen dalam satu temu ramah sedang bersiaran langsung di negara itu.


Ketika tindakan Zinchenko itu dilihat sebagai bukan protokal selepas perlawanan tetapi ada sebab mengapa dia melakukannya.


Difahamkan ia adalah untuk mengesahkan desas-desus hubungannya dengan wartawan sukan terbabit, menurut laporan sebuah akhbar tabloid Britain.


Selepas Zinchenko ditemu ramah oleh wartawan, Vlada Sedan, pemain muda itu terus mencium pipi wanita terbabit sebelum tersenyum pada kamera dan berlalu pergi.


Khabar angin serta peminat sebelum ini sering menyebut mereka sedang menjalin hubungan.


Ukraine kini menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan tujuh mata selepas membelasah Serbia.


Norlida Ishak Shop