Expired : 18.06.18

BJ Habibie Meninggal Dunia, Bunga Citra Lestari Terasa Kehilangan  




Fiza Kamarudin



Nusantara

BJ Habibie Meninggal Dunia, Bunga Citra Lestari Terasa Kehilangan  
Selepas berita bekas Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, meninggal dunia, aktres Bunga Citra Lestari antara yang terkesan dengan khabar duka tersebut.
 
Bunga Citra Lestari atau BCL menerusi laman Instagram miliknya, telah memuat naik ‘emoji’ menangis di ruangan 'IG Stories'.

Sehari sebelum pemergian Habibie ke rahmahtullah, BCL telah mengirim bunga kepada Habibie yang dipanggil Eyang.


Keakraban isteri kepada artis kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair itu bermula selepas BCL melakonkan watak Ainun (isteri Allahyarham Habibie) dalam filem Habibie & Ainun.
 
Allahyarham Habibie juga sangat menyenangi suami BCL, Ashraf dan anak lelakinya, Noah.
 

Bukan sahaja BCL, tetapi Reza Rahadian yang menjadi salah seorang pelakon bagi filem Habibie & Ainun juga sangat rapat dengan Allahyarham.

Reza juga sudah dianggap seperti cucu oleh Habibie dan mereka kerap berjumpa di jamuan makan atau di acara-acara lain.

BJ Habibie meninggal dunia pada usia 83 tahun di Jakarta pada pukul 6.05 petang (waktu tempatan), Rabu.

Habibie menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto.


Norlida Ishak Shop