Expired : 18.06.18

Black Shark Mengacah Pengenalan Peranti Baru Di Malaysia Pada 3 September

Black Shark merupakan salah satu pengeluar peranti mudah-alih memfokuskan kepada permua. Mereka sebelum ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Black Shark 2 Pro di pasaran China beberapa minggu lepas, dimana ia hadir dengan cip Snapdragon 855+ terbaru.


BlackShark 2 ProMenariknya, kini mereka turut mengacah pengenalan peranti baru untuk pasaran global – dan menariknya pelancaran berkenaan akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.


Acara ini dijadualkan pada 3 September 2019 kelak. Berkemungkinan besar, pada acara berkenaan kita akan melihat pihak Black Shark mengumumkan penawaran Black Shark 2 Pro untuk pasaran global secara rasminya.


Black Shark 2 Pro sebelum ini telah dilancarkan di China dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM, dan storan 256GB berasaskan UFS 3.0. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh.


Untuk rakaman gambar, Black Shark 2 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang 48MP + 12MP, selain kamera swafoto 20MP.


Sama-sama kita nantikan awal bulan September ini untuk melihat sendiri kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak Black Shark untuk pasaran Malaysia dan juga pasaran global.


Norlida Ishak Shop