Expired : 18.06.18

BMF: Exco Agama Perak kolot

BANGI, 21 Safar 1441H, Ahad – Tindakan Exco Agama Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Produk Muslim atau ‘Buy Muslim First’ (BMF) di masjid negeri berkenaan, disifatkan sebagai kolot serta sengaja menyekat perkembangan Islam.


Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman turut menyifatkan Asmuni Awi berfikiran politik kepartian sempit dan bertentangan dengan Maqasid Syariah, yang mahukan umat Islam menjadi paling kuat serta dominan.


Beliau berkata, kempen BMF bertepatan dengan tuntutan Maqasid Syariah, iaitu kuasa sebagai wasilah untuk memelihara agama Islam.


“Maqasid Syariah terhadap pemerintahan ialah menjaga agama Islam dan mentadbir dunia berpandukan agama.


“Exco Agama bekerja untuk siapa sebenarnya?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Kerajaan Perak melarang sebarang penganjuran kempen BMF di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), kelmarin.


Asmuni berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang dilaksanakan kerajaan. Malah kata beliau, penganjuran BMF dilaksanakan bukan untuk kepentingan umum, tetapi bagi tujuan politik pihak tertentu.


Mengulas lanjut, Mohd Hazizi berkata, semakin hari kedudukan Islam diperlekehkan dan dihina di era kontra dominasi politik muslim pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Katanya, terlalu banyak insiden kebelakangan ini yang membuktikan orang Islam semakin lemah dan tidak berkuasa untuk mendaulatkan agama di peringkat negara.


“Ini semua disebabkan mereka tidak lagi dominan. Oleh itu apa sahaja usaha untuk mendapatkan dominasi kuasa, sama ada politik, ekonomi dan sosial, adalah wajib.


“Islam mewajibkan umatnya agar dominan dalam semua perkara. BMF adalah satu inisiatif proaktif untuk mendapatkan dominasi ekonomi,” katanya.


The post BMF: Exco Agama Perak kolot appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop