Expired : 18.06.18

‘BN menang berganda’


BANGI, 8 Syaaban 1440H, Ahad – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, semalam sebagai kemenangan rakyat.


Malah, beliau berkata, ia juga kemenangan berganda kerana ia bukan saja bukti rakyat kembali sekali lagi kepada BN tetapi signal Pakatan Harapan (PH) semakin tidak diterima.


“Kemenangan hattrick ini dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 4,510 undi adalah bukti rakyat menolak kepimpinan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim dan PH umumnya.


“Kemenangan ini juga bukti rakyat menghargai jasa dan bakti yang telah dilaksanakan oleh Tok Mat di Rantau, menghargai apa jasa BN dan UMNO serta komponen kepada rakyat.


“Lebih penting kemenangan itu berjaya meletakkan Ketua Pembangkang yang mempunyai kredibiiti kuat di DUN Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan.


Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat mempertahankan kerusi DUN Rantau selepas menewaskan tiga lagi lawannya, Dr S Streram dari PH dan dua calon Bebas, Mohd Nor Yassin dan R Malar, semalam.


Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menang dengan majoriti 4,510 undi selepas memperoleh 10,397 undi sementara Dr Streram mendapat 5,887 undi; Mohd Nor dengan 79 undi dan R Malar memperoleh 83 undi.


The post ‘BN menang berganda’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop