Expired : 18.06.18

"Boleh Tak Kalau I Nak Buat Laporan Polis .." - Wan Sharmila Dedah Sering Terima Mesej Berbaur Lucah




Zulaikha Yusof



Hiburan



Pelakon Wan Sharmila akui sering menerima mesej berbaur lucah daripada sebuah pemilik akaun Instagram (IG).

Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala berasa rimas kerana sudah banyak kali menyekat akaun individu berkenaan namun tetap diganggu.

"Boleh tak kalau I nak buat laporan polis dan suruh tangkap je manusia ni? 

"I rasa nama jebon tu dah banyak kali kacau I walaupun dah banyak kali I block dan report his Instagram (IG) akaun. 

"Dia asyik cakap benda lucah yang melampau! I pun malu nak tunjuk kat sini.

"Haihhh. Kurang kerja ke apa orang ni..Tolong guys," tulisnya.

Ketidakpuasan hati itu dibuat oleh pelakon drama bersiri Cinta Tiada Ganti menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis serta pengikut menyuruh Lala melakukan laporan polis bagi memberi pengajaran.

Lala mula aktif di industri hiburan pada tahun 2005 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.  
 




Norlida Ishak Shop