Expired : 18.06.18

Bosan Duduk Rumah? Sertai Karok Kuarantin GEGAR & Berpeluang Menang Baucer Membeli Belah... Bestnya!




Kamaruddin Razal



Hiburan


Bosan Duduk Rumah? Sertai Karok Kuarantin GEGAR & Berpeluang Menang Baucer Membeli Belah... Bestnya!
Stesen radio nombor satu di kawasan Pantai Timur, GEGAR mempelawa semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai ‘Karok Kuarantin GEGAR’.

Bermula dari sekarang hingga 16 April 2020, peserta berpeluang untuk memenangi baucer membeli belah bernilai RM200 setiap hari di GEGAR.

Baucer ini boleh memanfaatkan peminat GEGAR semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan membantu dengan pembelian barangan keperluan.




Cara-cara menyertai ‘Karok Kuarantin GEGAR’ adalah seperti berikut: 

#1 Peserta perlu mengikuti laman Instagram GEGAR, sebagai syarat utama peraduan.

#2 Peserta perlu memilih satu lagu untuk dinyanyikan daripada senarai artis dan tajuk lagu yang dimuat naik setiap hari di ‘Instagram Stories’ GEGAR

#3 Muat naik video karaoke melalui Instagram, gunakan tanda pagar (‘hashtag’) #KarokKuarantinGEGAR dalam kapsyen dan pastikan akaun Instagram adalah pada tetapan awam (‘public’).

Pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan kreativiti peserta dan pemenang harian akan diumumkan di segmen GEGAR Malam (8 malam - 12 tengah malam) bersama Anna Aljuffrey. 

Ikuti GEGAR di laman sosial dan dengarkan GEGAR menerusi aplikasi SYOK di mana sahaja ketika di rumah!