Expired : 18.06.18

“Boy Or Girl?,”- Terima Lebih 2k Komen, Tya Arifin ‘Reda’ Bakal Kongsi Jantina Baby Minggu Depan!

Terbaru, usahawan dan selebriti Tya Arifin telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.


Tya Arifin yang merupakan menantu kepada penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat teka-teki buat para pengikutnya di Instagram mengenai jantina anak keduanya.


Tya dijangka bakal melahirkan cahaya mata kedua bulan hadapan.


“Boy or Girl ? Coba teka sikit Kalau lebih dari 1000 comment yang teka, next week Tya reveal gender baby. Kalau tak, tya reveal masa bersalin nanti hehe #taksabarnakurusBabylagi #boyOrgirlygpentingSehat”tulisnya.




Oleh kerana posting tersebut Tya telah menerima lebih dua ribu komen, usahawan kosmetik itu akan memaklum jantina anak keduanya pada minggu hadapan.


“Soon to be Abang Arif dan Ibu dua anak Dikarenakan comment di gambar sebelum lebih dari 2000, baik baik Tya kalah dan kk semua menang Inshaallah ,next week Tya revealbaby okay”tulisnya.




Terdahulu, Tya telah mendirikan rumah tangga bersama Asyraf pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Arif Jiwa berusia 2 tahun.


Wah! Dah tak sabar dah ni nak tahu jantina anak kedua Tya Arifin yang bakal dilahirkan nanti.


Foto : Instagram Tya Arifin


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop