Expired : 18.06.18

Brazil pertimbang hasrat pindah kedutaan ke Baitulmaqdis


SAO PAULO, 1 Rabiuawal 1440H, Jumaat – Hasrat Presiden Brazil, Jair Bolsonaro memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis bakal mencetuskan ketegangan diplomatik dengan negara Islam, yang mengancam pasaran syarikat pengeluar daging di negara itu.


Brazil adalah pengeskport daging halal terbesar dunia – yang mematuhi standard piawaian pemakanan Islam – dengan AS$16 bilion dieksport ke pasaran Timur Tengah dan Turki setiap tahun.


Rancangan Bolsonaro mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaan di Baitulmaqdis, telah menimbulkan rasa kecewa Mesir, sekali gus bakal mencetuskan ketegangan dengan negara Islam lain.


Pada Mei lalu, AS telah memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis apabila Presiden, Donald Trump mengiktiraf wilayah itu sebagai ibu negara Israel. Langkah itu kemudiannya diikuti negara sekutu, Guatemala.


Reuters yang memetik sumber pegawai diplomatik berkata, Mesir bertindak membatalkan lawatannya ke Brazil minggu ini, didakwa sebagai tanda protes terhadap keputusan presiden negara itu.


Bagaimanapun, Bolsonaro berkata, keputusan untuk memindahkan kedutaan masih dalam pertimbangan dan masih belum mencapai keputusan akhir.


Hasrat Bolsonaro itu mendapat perhatian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memuji keputusan berkenaan, dan menggelarkan Brazil sebagai ‘kawan’.- Agensi



The post Brazil pertimbang hasrat pindah kedutaan ke Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop