Expired : 18.06.18

Brendan tak goyah di Hanoi

PEMAIN tengah skuad Harimau Malaya Brendan Gan tidak mudah goyah atau terus mengangkat bendera putih walaupun mengetahui Vietnam dibarisi pemain hebat dan corak permainan yang mampu memerangkap pihak lawan.


Malah, tonggak pasukan Perak itu juga mahu rakan sepasukan tampil lebih meyakinkan dan bersedia melakar kejutan dengan menumpaskan skuad Naga Emas di hadapan penonton sendiri nanti.


Brendan berkata, barisan pemain negara sudah bersedia mengharungi cabaran perlawanan ketiga Kumpulan G kelayakan Piala Dunia/Piala Asia 2023 bertemu Vietnam Khamis ini.


“Saya tidak terlalu memikirkan rekod pertemuan menentang Vietnam sebelum ini kerana melihat keadaan pasukan sekarang ini, mereka adalah yang terbaik di seluruh negara. “Vietnam memang pasukan bagus namun pada perlawanan akan datang pasti tampil berbeza dan akan menjadi pertembungan menarik,” katanya, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.


Mengikut rekod, skuad Harimau Malaya mencatatkan tiga kekalahan manakala masing-masing satu seri dan tewas ketika bertemu dengan pasukan Naga Emas pada perlawanan Persekutuan Bolasepak ASEAN sebelum ini.


Skuad negara membawa misi mendapatkan tiga mata dari Hanoi bagi memperbaiki kedudukan dalam carta kumpulan dengan kemenangan 6-0 ke atas Sri Lanka dalam aksi persahabatan, kelmarin menjadi pembakar semangat utama Harimau Malaya.


Harimau Malaya pada 10 September lalu tewas 1-2 ditangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan dengan menundukkan Indonesia 3-2 di gelanggang lawan pada 5 September.


Keputusan itu meletakkan Harimau Malaya di kedudukan ketiga kumpulan di belakang pendahulu Thailand dan UAE yang menghuni tangga kedua.


Norlida Ishak Shop