Expired : 18.06.18

Brighton mara kerana Murray

GLENN Murray membantu Brighton layak ke pusingan kelima Piala FA Inggeris apabila dua gol penyerang veteran itu memastikan kemenangan 3-1 di West Bromwich Albion, awal pagi tadi.


Murray tampil dari bangku simpanan untuk melonjakkan Brighton mengatasi lawan dari Liga Kejuaraan pada aksi dramatik ulangan pusingan keempat di The Hawthorns.


Gol Kyle Bartley pada minit ke-77, apabila pemain pertahanan itu menyepak masuk dari sudut sukar, seakan menyaksikan West Brom mampu menang ke atas lawan mereka dari Liga Perdana Inggeris.


Namun penyerang Brighton, Florin Andone menyamakan kedudukan lapan minit sebelum tamat sesudah terselamat daripada kad merah pada babak pertama kerana menyiku Sam Field.


Murray mencuri tumpuan selepas itu untuk memastikan Brighton mara ke pusingan kelima menentang kelab divisyen dua Derby County minggu depan. Murray meledak dua gol pada minit ke-104 dan 117.


Hanya 8,645 penonton hadir pada malam yang amat sejuk di Midlands, namun meraka yang tidak hadir terlepas satu aksi menarik dan menghiburkan sekalipun kedua-dua pengurus melakukan banyak perubahan.


Norlida Ishak Shop