Expired : 18.06.18

Bruce risau kecederaan Willems

PENGURUS Newcastle United, Steve Bruce akui Jetro Willems akan berehat panjang selepas pertahanan Belanda itu mengalami kecederaan serius ketika menentang Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.


Willems, yang dipinjamkan sepanjang musim daripada Eintracht Frankfurt, diusung keluar pada separuh masa pertama ketika Newcastle berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 dan Bruce gusar anak buahnya itu mengalami kecederaan lutut.


Kecederaan itu menyebabkan Bruce kekurangan pemain pertahanan di bahagian kiri selepas Paul Dummett mengalami kecederaan hamstring hujung minggu lalu.


“Ia kelihatan kecederaan teruk yang dialami Jetro, di mana yang memberi tamparan buat kami. Kami takut ia berkaitan dengan kecederaan ligamen lutut.


“Memang ia tidak menyebelahi kami selepas Dummett yang juga beraksi di posisi sama juga terpaksa berehat selama empat atau lima hari,” kata Bruce.


Kemenangan ke atas Chelsea itu membolehkan Newcastle melonjak ke tangga ke-12 dengan mengumpul 29 mata selepas 23 perlawanan.