Expired : 18.06.18

“Buang Meja Dari Tingkat Tiga, Atas Sebab Gula-Gula…,” – Imbau Memori, Fimie Don Tanya Apa Kenangan Zaman Sekolah Peminat


Pelakon Fimie Don atau nama sebenarnya, Shafimie Saedon ada memuat naik beberapa keping foto dirinya bersama para pelakon lain yang lengkap mengenakan uniform sekolah.


Difahamkan, Fimie mendukung watak sebagai pelajar sekolah menenang untuk sebuah telemovie untuk RTM. Turut sama terlibat ialah Mustaqim Bahadon, Raja Atiq dan ramai lagi.


Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, bintang berusia ada mengimbau kenangan lama saat dirinya di bangku persekolahan.


“Teringat masa zaman sekolah, aku buang meja dari tingkat tiga, atas sebab gula-gula aku kene rembat dengan budak belah petang.


“Apa kenangan korang dekat sekolah yang kelako? Kalau betul-betul kelako aku post dekat story!,” tulisnya lalu dihujani dengan pelbagai pengalaman zaman sekolah dari netizen.




Fimie yang kini sudah pun berusia 21 tahun, pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi filem Magika.


Foto: Instagram Fimie Don


Norlida Ishak Shop