Expired : 18.06.18

Budak 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera pengasuh


MELAKA, 11 Muharram 1441H, Rabu – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai didera pengasuhnya di sebuah rumah di Kandang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata, kanak-kanak itu dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pengasuh dan suaminya ke Hospital Melaka kira-kira pukul 2 pagi semalam sebelum disahkan meninggal dunia.

“Kanak-kanak itu telah diberi bantuan pernafasan oleh pegawai perubatan sebaik tiba di unit kecemasan hospital itu namun mangsa tidak dapat diselamatkan.

“Kanak-kanak itu dijaga pengasuh berkenaan sejak akhir Julai lepas dan siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam serta parut di kepala dan paha mangsa dipercayai didera,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pengasuh berusia 36 tahun dan suaminya, 45, ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, pihaknya juga masih menunggu laporan proses bedah siasat kanak-kanak itu yang dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – Bernama


The post Budak 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera pengasuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop