Expired : 18.06.18

Budak 3 Tahun Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan, Ditemui Pada Kedalaman 2 Meter




Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis di kuarters Polis Pasir Puteh, Ipoh, pada 8 Oktober 2019.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihak mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian.






Foto: JPBM Perak via Utusan Online



Foto: JPBM Perak via Utusan Online











Foto: JPBM Perak via Utusan Online







Terjatuh Ketika Bermain Dengan Abang


Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Anas Hadif Ahmad Hafiz itu dipercayai telah terjatuh ke dalam lubang kumbahan di dalam kawasan kuarters berkenaan, ketika sedang bermain dengan 2 orang abangnya di situ.


Difahamkan kedua ibu bapa mereka ketika itu sedang berada di dalam rumah.


Ditemui Pada Kedalaman 2 Meter


Seorang anggota dipakaikan abah-abah dan tali untuk mencari mangsa di dalam lubang terbabit pada kedalaman dua meter dan menemui mangsa pada jam 9 pagi.


Kanak-kanak itu didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian walaupun telah cuba diberi bantuan pernafasan.


Anggota bomba menggunakan pam untuk mengeluarkan air kumbahan bagi memudahkan mangsa dikeluarkan dari lubang itu.


Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan telah selamat dikebumikan.


Awasi Anak-anak Kita


Sedihnya tengok suasana hiba ketika abang-abang mereka menangis kesedihan melihat mayat adik mereka seperti yang dilaporkan melalui Buletin TV3.


Apapun, berat mata memandang, tentu berat lagi bahu yang memikul…


Dengar kata, mereka ni baru sebulan berpindah ke kawasan kuarters tu. Ayahnya kata, waktu dia ke tempat kejadian, besi penutup lubang tu dah terbuka dan dia cuma nampak selipar je yang tinggal.


Salam takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa. Semoga kita sama-sama juga mengambil pengajaran dan peringatan daripada kejadian ini.


*Sumber Berita: BERNAMA, Buletin TV3, Sinar Harian









Related Items:




Norlida Ishak Shop