Expired : 18.06.18

Budak 5 Tahun Parah Dihempap Peti Sejuk Di Rumah




NILAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Taman Cempaka pada Khamis malam, 11 Julai.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala.






Hospital tuanku jaafar


Tak Pasti Bagaimana Kejadian Sebenar Berlaku


Bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar berkata dia tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku.
“Jam 11 malam saya sedar peti sejuk di rumah dah tumbang dan tengok anak saya (Muhammad Fawwaz) di situ.










Menurut laporan oleh Berita Harian, Muhammad Fawwaz tidak dihempap sepenuhnya dan mungkin kepalanya terkena bucu peti ais.






Anak dihempap peti ais


Pendarahan Pada Bahagian Kepala


Terdahulu, Mohd Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook miliknya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.


Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.


*Sumber: Sinar Harian, Berita Harian









Related Items:




Norlida Ishak Shop