Expired : 18.06.18

Budak ditemui kelaparan sebelah tubuh ibu bapa yang sudah mati 9 hari

SEORANG budak perempuan dua tahun ditemui lemah kerana kelaparan berdekatan mayat ibu bapanya yang membusuk kerana dipercayai sudah meninggal dunia sejak sembilan hari lalu.


Kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Alexandra ditemui dalam keadaan lemah dan tidak mampu berdiri oleh pasukan penguatkuasa yang memecah masuk kediaman keluarga itu.


Pemeriksaan dibuat ekoran aduan daripada jiran mereka yang mengadu menghidu bau busuk.


Alexandra dipercayai berada di kediaman di tingkat tujuh pangsapuri itu selama seminggu atau lebih bersama mayat ibu bapanya.


Alexandra bersama ibunya, Viktoriya. Foto: Daily Mail)

Kanak-kanak itu ditemui bersama ibu bapanya, masing-masing berusia 27 dan 34 tahun.


Kali terakhir pasangan terbabit dilihat hidup ialah pada 2 Mei, ketika mereka bertengkar namun punca kematian mereka masih belum dikenalpasti.


Dalam keadaan yang kurus kering, budak tersebut kelihatan terlalu lemah untuk berdiri dan dibawa oleh doktor ke hospital terdekat.


Punca kematian ibu bapa kanak-kanak itu, dan sama ada kedua-dua mereka meninggal pada masa sama tidak dijelaskan.


Tidak dilaporkan sama ada kanak-kanak malang itu mempunyai akses terhadap makanan dan minuman selepas ibu bapanya meninggal dunia.


Namun, pegawai perubatan mengesahkan Alexandra mengalami malnutrisi dan dehidrasi yang teruk, walaubagaimanapun nyawanya tidak terancam.


The post Budak ditemui kelaparan sebelah tubuh ibu bapa yang sudah mati 9 hari appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop