Expired : 18.06.18

Bukan bayi pesawat Lion Air

JAKARTA, 24 Safar 1440H, Jumaat – Indonesia sekali lagi mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan berita tidak benar, tatkala pasukan pencari dan penyelamat (SAR) berusaha mengesan mayat penumpang dan kru pesawat JT610 Lion Air yang jatuh ke Laut Jawa, Isnin lalu.


Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, beberapa siri berita tidak benar beredar di media sosial sejak pesawat Lion Air bersama 189 penumpang dan anak kapal jatuh.


“Tolong jangan sebarkan gambar palsu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan sambil memuat naik beberapa keping gambar di dalam akaun Twitter beliau.


Ini termasuk, gambar daripada laman Facebook menunjukkan bayi memakai jaket keselamatan yang konon, dikatakan mangsa yang terselamat daripada nahas pesawat terbabit.


Salah satu kiriman dikongsi ribuan kali sejak tiga hari lalu.


“Terdapat banyak media sosial yang memuat naik gambar bayi yang kononnya terselamat dalam nahas pesawat JT610 Lion Air itu.


“Gambar itu sebenarnya adalah bayi yang diselamatkan apabila kapal KM Lestari Maju, tenggelam di Perairan Selayar, pada Selasa 3 Ogos lalu. Jadi maklumat ini adalah palsu,” katanya.


Setakat ini, Jakarta mengesahkan semua 189 penumpang, termasuk dua bayi, dan anak kapal pesawat itu terbunuh. – Agensi



The post Bukan bayi pesawat Lion Air appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop