Expired : 18.06.18

Bukan Hanya Satu, Tapi 2x Samsung Galaxy Note 10 Boleh Anda Miliki Dengan Pratempahan Melalui Celcom!

Pelan Celcom Easyphone membolehkan anda untuk melanggan pelan internet bersama telefon pintar terkini. Memandangkan Samsung telah melancarkan telefon pintar terkini mereka baru-baru ini, Celcom telah membuka pratempahan untuk peranti terbaru Samsung, iaitu Samsung Galaxy Note10 dan juga Samsung Galaxy Note10+ bermula 8 hingga 18 Ogos ini.



Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan rekaan yang hampir sama, namun apa yang membezakannya adalah saiz skrin yang ditawarkan, iaitu 6.3 inci untuk Samsung Galaxy Note10 dan 6.8 inci untuk Samsung Galaxy Note10+. Di Malaysia, telefon pintar ini boleh dimiliki pada harga bermula daripada RM3,699.


Jadi, sekiranya ada sedang mencari cari telefon pintar terkini bersama pelan internet yang baik, Celcom mempunyai cara bagaimana untuk membolehkan anda untuk memiliki Samsung Galaxy Note10 dan juga Samsung Galaxy Note10+ yang baru sahaja dilancarkan pada harga yang sangat berbaloi untuk dua telefon pintar.



Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat pratempahan untuk mana-mana daripada kedua-dua telefon pintar ini melalui pelan Celcom Easyphone bermula 8 Ogos hingga 18 Ogos 2019. Melalui pratempahan ini, anda berpeluang untuk memiliki hadiah eksklusif bernilai RM1,159 untuk Samsung Galaxy Note10 dan juga Samsung Galaxy Note10+.


Samsung Galaxy Note10 hadir dengan rekaan skrin 6.3 inci Dynamic AMOLED hampir nirbingkai, dijana denga cip pemprosesan Exynos 9825 (7nm), kamera utama gabungan 12+12+16 Megapixel bersama kamera swafoto 10 Megapixel. Samsung Galaxy Note10 ini dilengkapi dengan memori sebesar 8GB dan storan sebesar 256GB sahaja bersama bateri sebesar 3400mAh.


Jadi, bagi anda yang ingin memiliki 2x Samsung Galaxy Note10 melalui Celcom, anda hanya perlu membayar RM247 setiap bulan dan berpeluang untuk mendapatkan aksesori aksesori tambahan lain, seperti Galaxy Buds secara percuma yang pada asalnya bernilai RM499.


Galaxy Note 10 Celcom


Bagi Samsung Galaxy Note10+, telefon pintar ini dilengkapi dengan rekaan skrin 6.8 inci Dynamic AMOLED, dijana dengan cip pemprosesan Exynos 9825 (7nm), kamera utama gabungan 12+12+16+3D TOF Megapixel, bersama kamera swafoto 10 Megapixel. Pada Samsung Galaxy Note10+ pula ia ditawarkan dengan memori sebesar 12GB dan storan sebesar 256/512GB bersama kapasiti bateri sebesar 4100 mAh.


Sekiranya anda yang berminat untuk membuat pratempahan Samsung Galaxy Note10+ melalui langganan Celcom Easyphone, anda juga berpeluang untuk menaik taraf ruangan storan daripada 256GB kepada 512GB secara percuma. Anda hanya perlu membayar harga langganan telefon pada harga serendah RM288 setiap bulan sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima Wireless Battery Pack secara percuma yang bernilai RM279 melalui setiap pembelian, dan juga perlindungan peranti (Protection Plus) bernilai RM280.


Celcom Galaxy Note 10


Jadi, melalui pratempahan dan langganan pelan Celcom Easyphone, anda berpeluang untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note10 dan Samsung Galaxy Note10+ pada harga yang sangat berbaloi bersama aksesori aksesori tambahan lain untuk peranti ini. Terdapat empat pilihan warna, iaitu Aura Glow, Aura Pink, Aura Black, dan juga Aura White.


Jadi bagi anda yang berminat, boleh ke cawangan Blue Cube terdekat untuk membuat pratempahan Samsung Galaxy Note10 dan Samsung Galaxy Note10+ melalui langganan pelan Celcom Easyphone sebelum 18 Ogos dan boleh memilikinya pada 22 Ogos ini, sementara stok masih ada.


PraTempah: Celcom EasyPhone Samsung Galaxy Note10 


Penafian: Advertorial Dari Celcom






Norlida Ishak Shop