Expired : 18.06.18

“Bukan Pergi Suka-Suka Tetapi Ada Mission” – Heliza Helmi Komen Sertai Misi Kemanusiaan

“Bukan Pergi Suka-Suka Tetapi Ada Mission” – Heliza Helmi Komen Sertai Misi Kemanusiaan | Artikel | Gempak



Atas







Mya Amri



Hiburan

“Bukan Pergi Suka-Suka Tetapi Ada Mission” – Heliza Helmi Komen Sertai Misi Kemanusiaan
Penyanyi, Heliza Helmi akui gembira setiap kali diberi peluang untuk menyertai misi kemanusiaan.
 
Menurut Heliza, tujuan menyertai misi tersebut adalah untuk membantu mangsa yang memerlukan.
 
“Ini misi bantuan kemanusiaan, kita hantar bantuan kepada mereka dari sudut perubatan, makanan, khemah, bina sekolah dan sebagainya untuk membantu mereka yang memerlukan.
 
“Bukan kami pergi untuk suka-suka tanpa strategi yang betul. Ada ketua yang membimbing kami di mana dia yang akan menyusun strategi-strategi sebelum menjalankan misi tersebut.
 
“Kami berada bersama dengan agensi Wakaf Kerajaan Turki, walaupun lokasi itu agak berisiko tapi… Insya-Allah dengan adanya strategi-strategi ini, mudah-mudahan Allah pelihara.
 
“Kalau bukan kita siapa lagi? Apa yang kita buat ni terlalu sedikit berbanding dengan apa yang mereka lalui.
 
“Mudah-mudahan apa yang kita buat ini, Allah terima dan reda… Insya-Allah,” ujarnya.
 
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 






gspot_ads






Norlida Ishak Shop