Expired : 18.06.18

Bung Moktar Seru Rakyat Terus Patuh Arahan Untuk Kekang COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru kepada rakyat dimana sahaja berada agar mematuhi arahan yang diberikan berkaitan langkah bagi mengekang penularan wabak COVID-19.


Percayalah, katanya, sekiranya semua rakyat mematuhi arahan sudah pasti tempoh Perintah Larangan Pergerakan (PKP) akan dapat dipendekkan.



“Kita telah lalui krisis menangani virus COVID-19 secara berperingkat, namun virus ini bukan mudah untuk diatasi, ianya bergantung sejauh mana kita rakyat ada kesungguhan untuk memberi kerjasama.


“Kita kena berusaha dan berikhtiar, selebihnya kita berserah kepada Allah, perbanyakan doa mudah-mudahan negara kita sentiasa dilindungi Allah… tolong duduk di rumah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dalam hantaran menerusi Facabook beliau.


Dilaporkan, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas memaklumkan PKP yang sepatutnya berakhir lima hari lagi dilanjutkan sehingga 14 April depan bertujuan memastikan Malaysia dapat menangani jangkitan COVID-19.


Terdapat 172 kes baharu dilaporkan sehingga semalam yang menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 1,796 kes, manakala kematian akibat wabak itu kini berjumlah 19 orang. – UMNO Online