Expired : 18.06.18

Bunuh abang, gadis dan kekasih ditahan polis

Anggota polis dari Unit Forensik sedang membuat pemeriksaan selepas mayat seorang pelajar lelaki ditemui orang awam di belakang sebuah rumah kosong bersebelahan rumahnya di Taman Glenview Kamunting dekat Taiping 8 Julai, 2019. — Foto Bernama
Anggota polis dari Unit Forensik sedang membuat pemeriksaan selepas mayat seorang pelajar lelaki ditemui orang awam di belakang sebuah rumah kosong bersebelahan rumahnya di Taman Glenview Kamunting dekat Taiping 8 Julai, 2019. — Foto Bernama

TAIPING, 7 Julai — Polis menahan sepasang kekasih remaja petang ini selepas mengaku membunuh seorang pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata mayat pelajar berusia 16 tahun itu ditemui orang awam di belakang sebuah rumah kosong, bersebelahan rumahnya di Taman Glenview, Kamunting dekat sini kira-kira 12.18 tengah hari tadi.


Katanya seorang daripada yang ditangkap merupakan adik perempuan mangsa berumur 14 tahun, manakala kekasihnya berusia 15 tahun dan kedua-duanya ditahan kira-kira 4.25 petang ini, di rumah mereka.


Menurut Osman, berdasarkan siasatan awal polis mendapati suspek perempuan telah membawa teman lelaki dan beberapa rakan ke rumahnya yang kosong ketika itu, sebelum kemudian melarikan diri semasa mangsa pulang dari sekolah.


“Telefon bimbit suspek lelaki tertinggal di rumah teman wanitanya. Mangsa yang menjawab panggilan telefon meminta teman lelaki adiknya itu datang ke rumah mereka untuk mengambilnya sebelum dipercayai berlaku pergaduhan yang membawa kepada pembunuhan,” katanya di sini hari ini.


Osman berkata kedua-dua suspek yang masih bersekolah dipercayai menggunakan plastik untuk menyerkup kepala mangsa, sebelum mengelar leher dan kedua-dua pergelangan tangan mangsa dengan sebilah pisau lalu membuangnya di belakang sebuah rumah kosong.


Katanya penemuan mayat mangsa itu, disahkan oleh anggota keluarganya, yang juga telah membuat laporan polis semalam, mengenai kehilangannya sejak Jumaat lepas.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat dan laporan penuh akan menyusul setelah siasatan dijalankan,” katanya. — Bernama


Norlida Ishak Shop