Expired : 18.06.18

Burger King Hargai Orang ‘Single’, Tawarkan Burger Percuma Untuk Sekeping Gambar Bekas Kekasih

Anda sunyi? Baru ditinggalkan kekasih? Kesian. Tetapi jika anda sekarang berada di New York, anda mungkin bernasib baik apabila Burger King di sana menawarkan satu peluang yang tidak masuk akal, iaitu menukar kenangan bersama bekas kekasih dengan satu burger keluaran mereka.


Pelanggan boleh memilih mana-mana cawangan Burger King di sekitar kota New York dan membawa sebuah kotak yang terkandung gambar bekas kekasih mereka, di sana nanti mereka akan diberikan Whopper sebagai pertukaran – akhirnya bekas kekasih anda berguna.



Bird Of Prey, nama kempen kali ini bersempena tayangan filem Harley Quinn yang dibintangi oleh Margot Robbie. Selain itu, tujuannya adalah untuk memberi rasa penghargaan kepada mereka yang tidak mempunyai kekasih atau baru sahaja ditinggalkan kekasih.




“Hari Valentine ini, tiada siapa memerlukan The Joker apabila anda boleh memeluk seorang Raja itu,” kata Burger King dalam kenyataan akhbar. “Dalam perkongsian baru dengan Warner Bros Pictures dan filem baru mereka ‘Birds of Prey (And the Fantabulous Emancipation One Harley Quinn), Burger King mahu merayakan Hari Anti-Valentine demi Harley Quinn.’


Jadi, buat rakyat Malaysia yang membaca tulisan ini dan berada di New York, jika anda sunyi dan tidak mempunyai kekasih. Ini adalah peluang anda untuk menukarkan kenangan bersama kekasih anda untuk sebuah karya agung Burger King, Whopper.


Terdahulu, Burger King telah melakukan satu trick marketing yang bijak dan tidak memerlukan sebarang kos. Klik pautan di bawah untuk membaca.



Burger King Ajar Teknik ‘Marketing’ Tanpa Menggunakan Sebarang Modal





Burger King Tokyo Tinggalkan Mesej ‘Kejam’ Sempena Penutupan McDonalds