Expired : 18.06.18

Bvdak Yg Pernah Dijaga Bunian Dahulu Di Broga Hill Naik Ke Bukit Batu Putih Bersama Bomba Dalam Misi Mencari Acap

Pes3rta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, M0hammad Ashraf Hassan, 29, hilang sejak 23 Mac lepas masih belum ditemui.


GOPENG – Seorang pemvda yang pernah ‘dijaga bunian’ sepanjang tujuh hari hilang di Bukit Broga, dua tahun lalu, turut membantu pih4k penyelamat mencari peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, semalam.


Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22, mend4ki Bukit Batu Putih bersam4 bomba bagi meninjau lokasi terakhir Mohammad Ashraf, 29, yang dikenali sebagai Acap sebagai salah satu ikhtiar untuk mengesan m4ngsa.



Menurutnya, kehilang4n Acap menarik perhatiannya untuk turut membantu buat pertama kali selepas insidennya berkaitan dengan mistik mendapat liputan meluas di media sosial.


“Saya dan ibu, Roh4na Saad, 51, sudah lama merancang untuk turun ke Gopeng membantu berdasarkan pengalaman dan barv hari ini (semalam) saya berkesempatan untuk datang.


“Apa yang boleh dikatakan bukan depa (bunian) yang ambik dia (Acap), malah saya dan ibu tidak merasai kehadiran dia (Acap) di bvkit itu dan di Gua Kandu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, di sini.


Mohd Azarul Mukhriz berkata, di4 mengharapkan agar keluarga Acap dapat mengharungi dugaan itu dengan lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.



Mohd Azarul Mukhriz bers4ma ibunya, turut membantu dengan menaiki Bukit Batu Putih, Gopeng, semalam dalam usaha mengesan Acap yang hilang sejak 20 hari lalu.


Sementara itu, Rohana berk4ta, doa ibu adalah yang terbaik dalam membantu memudahkan operasi mencari anaknya meskipun kehilangannya sudah memasuki hari ke-20.


“Dugaan ibunya kali ini ad4lah yang terhebat berbanding saya. Saya lihat pelbagai ikhtiar telah dijalankan dan diharapkan keluarga mereka sentiasa berdoa dan membaca al-Quran agar Acap segera ditemui,” katanya. Sumber sinar


Juga Kelihatan ada artis turun membantu cari acap syabas



Artikel berkaitan:Pencarian Acap: Polis terima 4 laporan berita p4lsu



GOPENG – Polis menerima empat laporan berkaitan penularan berita palsu melalui media sosial berkaitan kejadian seorang peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, sejak 23 Mac lalu.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, empat laporan tersebut diterima pihaknya daripada empat individu berbeza sejak 4 April hingga semalam.


“Sehingga semalam, kita menerima empat laporan berita palsu melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial Facebook berkaitan kejadian kehilangan Mohammad Ashraf yang hilang ketika menyertai larian GUT 2019 kategori 25 Kilometer pada 23 Mac lalu.


“Antara berita p4lsu tersebut ialah mengenai penemuan m4ngsa oleh pasukan #TEAMCOBRA yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan dimvat naik melalui akaun Facebook Putra Al Mukmin,” katanya dalam satu kenyataan y4ng dikeluarkan di sini hari ini.


Tambah Hasron Nazri, polis turut menerima laporan mengenai penemuan mangsa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bers4ma Ustaz, namun turut menyatakan m4ngsa tidak mahu kembali kerana telah berkahwin dengan jin yang dimuat naik melalui akaun Facebook Muahsetapak.com.


“Selain itu, satu laporan lagi mengenai rakaman suara yang dimuat naik di Facebook milik Hafiz Amir yang menyatakan m4ngsa disorok penduduk kampung.


“Laporan keempat pula berkaitan satu status yang dimuat naik melalui Facebook atas nama Muhmmad Mamzah (Brado Kapak) yang menyatakan pihak penganjur GUT 2019 bersikap lepas tangan dalam pencarian m4ngsa,” katanya.


Jelasnya, pihak polis merujuk tiga laporan awal tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk siasatan lanjut manakala laporan keempat diklasifikasikan sebagai tiada kesalahan jen4yah.


“Polis menegaskan siasatan akan dibuat berlandaskan fakta dan bukti dan mengingatkan orang ramaia agar tidak menularkan sebarang maklumat atau berita melalui media sosial berdasarkan persepsi sendiri sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat maklumat berkenaan,” katanya.


Sumber: K! ONLINE via nalurikini


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih


Norlida Ishak Shop