Expired : 18.06.18

Cabul pelancong Jepun lepas lawat masjid, pemandu bas ditahan

Pemandu bas mini ditahan polis kerana mencabul pelancong wanita Jepun. — Foto AFP
Pemandu bas mini ditahan polis kerana mencabul pelancong wanita Jepun. — Foto AFP

KOTA KINABALU, 13 Ogos — Pemandu bas mini mencabul pelancong wanita Jepun yang baru pulang dari mengunjungi sebuah masjid di sini .

Mangsa, 40 tahun, diminta duduk di bahagian depan penumpang ketika sebelum suspek memegang bahagian sensitif dan memeluk wanita tersebut ketika melalui Bukit Bendera jam 2 petang, lapor Harian Metro.


“Mangsa meronta-ronta cuba melepaskan diri, namun suspek terus mencabul mangsa,” kata ketua polis daerah Kota Kinabalu.


ACP Habibi Majinji berkata suspek sekali lagi mencabul mangsa ketika dia memberhentikan bas di tepi jalan. Wanita itu itu kemudian ditinggalkan di Jalan Dewan di Kota Kinabalu.


“Suspek kemudian meninggalkan mangsa sebelum mangsa meminta pertolongan orang awam untuk membuat laporan polis.


Pemandu tersebut kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.


Norlida Ishak Shop