Expired : 18.06.18

Cadangan kaedah PdP untuk elak murid cepat bosan




Imej via SISC Azura

CADANGAN MEMASTIKAN MURID MEMBERIKAN TUMPUAN KETIKA SESI PEMBELAJARAN



1. RANCANG AKTIVITI YANG MELIBATKAN PERGERAKAN

Sediakan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti STESEN, PERMAINAN SIAPA CEPAT dan sebagainya. Senaman seperti BRAIN GYM juga sangat sesuai dilakukan sebelum memulakan sesi pembelajaran.

2. UNSUR KEJUTAN PADA MINIT TERTENTU

Unsur kejutan pada minit tertentu juga boleh menarik perhatian murid yang mula hilang fokus pada sesi PdPc. Sebagai contoh, PASANG MUZIK dan LAKUKAN PERGERAKAN SANTAI atau REGANGAN setiap 15 minit atau 20 minit untuk memastikan murid berasa segar semula.

3. SENTIASA MEMANGGIL ATAU MENYEBUT NAMA MURID YANG KHAYAL/MENGANTUK/LEKA

Untuk memastikan murid sentiasa bersama dengan kita dalam PdPc, sentiasa SEBUT atau PANGGIL nama murid yang agak leka/mengantuk atau khayal secara kuat bukan untuk menjawab soalan atau melakukan tugasan semata-mata. Apabila guru sentiasa menyebut nama mereka dengan bertanya sama ada mereka faham atau tidak, murid yang hilang fokus ini akan kembali bersama dengan kita dalam PdPc.

Jika MENGAJARKAN BAHASA, sebut nama murid yang asyik leka atau cepat hilang fokus sebagai contoh (ayat yang baik2 sahaja).




4. AKTIVITI BERSIFAT PANTAS (TIDAK MENGAMBIL MASA YANG LAMA)

Rancang aktiviti yang bersifat PANTAS dan tidak terlalu panjang untuk memastikan murid tidak bosan. Elakkan mengambil masa selama 20 minit untuk satu aktiviti perbincangan.

Jika aktiviti MEMERLUKAN MASA YANG LAMA, PECAHKAN KEPADA DUA BAHAGIAN, iaitu bahagian berpasangan dan kemudian disambung dalam kumpulan. Dua aktiviti untuk hasilkan satu hasil perbincangan.

5. GANJARAN YANG DISUKAI MURID

Sediakan ganjaran yang disukai oleh murid. Sebagai contoh, ganjaran berbentuk permainan, iaitu SIAPA CEPAT BOLEH MAIN atau ganjaran berbentuk menyanyi, KAROK.

6. ELAKKAN AKTIVITI RUTIN

Aktiviti rutin bermaksud aktiviti biasa dilakukan ketika PdPc sehingga murid telah hafal setiap perkara atau aktiviti yang akan dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Sumber: SISC+ Azura







Share this




Cikgu Share





Related Posts




Norlida Ishak Shop