Expired : 18.06.18

Cadangan SPR Tidak Perlu Adakan PRK Satu Tindakan Lacurkan Demokrasi

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor Amin Mohd Shukor menyifatkan, cadangan Pengerusi Jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya Ab Rashid Ab Rahman supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem baru agar tidak perlu lagi diadakan pilihan raya kecil Parlimen selepas ini dan kekosongan itu diisi secara automatik oleh parti politik penyandang adalah satu tindakan melacurkan demokrasi yang diamalkan selama ini.


Jelas beliau, ini adalah satu usaha halus yang sangat jahat dan ia secara tidak langsung menidakkan hak rakyat.


“Sekiranya SPR menerima cadangan ini maka hilanglah demokrasi dalam negara ini. Bagi saya, ini adalah cara keji untuk PH mengekalkan kuasa dan ia adalah satu tindakan terdesak untuk mereka menang dalam PRU-15 nanti.



“Tindakan ‘halus’ serta ‘jahat’ ini mungkin tidak disedari oleh banyak pihak kerana memang kelaziman kerajaan PH sentiasa bersandiwara dalam banyak perkara termasuklah memenuhi janji dan manifesto pilihan raya. Apatah lagi memenuhi hasrat jahat mereka dalam mengekalkan kuasa… maka perkara ini akan menjadi wayang mereka seterusnya,” ujar beliau kepada UMNO-Online.


Tambah Amin, momentum positif kemaraan parti pembangkang serta kemarahan rakyat yang tidak mampu ditangani dengan bijak oleh pihak kerajaan telah menyebabkan mereka seboleh mungkin menghalalkan segala cara demi mengekalkan kuasa.


“Mereka sebenarnya memang sedang takut melihat kemarahan rakyat yang diterjemahkan dalam beberapa siri PRK. Jadi, usaha atas nama ‘reformasi sistem’ adalah jalan pintas terbaik kerajaan pimpinan PH mengekalkan kuasa mereka.


“Diktator, ketidakpedulian suara rakyat serta mementingkan diri kerajaan pimpinan PH adalah mungkin cerminan paling baik sikap pemimpin PH buat masa ini. Berilah alasan apapun, sekiranya benar mereka melaksanakan cadangan tersebut maka hak rakyat telah ‘dilacurkan,” bidas beliau lagi. UMNO-ONLINE


Norlida Ishak Shop